www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws






.:: me ::.

MySpace Layouts

Tiada beza antara fantasi dan realiti. Yang penting, tahu di mana bumi dipijak, di situ langit ku junjung....

.:: countdown ::.

Count Down Generators

.:: gallery ::.

E-Novel Kerna Dia sudah diterbitkan dalam versi kulit keras. Dapatkannya di kedai buku berhampiran anda ataupun pesan melalui pos di KAKI NOVEL ENTERPRISE.
Untuk maklumat lanjut, klik sini


Bigoo.ws images for your blog

Bigoo.ws images for your blog


myspace

.:: say hi ho here ::.


.:: sini pun bleh hi ho juga ::.

   

myspace

~Berhenti berharap~


aku tak percaya lagi
dengan apa yang kau beri
aku terdampar di sini tersudut menunggu mati
aku tak percaya lagi
akan guna matahari
yang sinarnya terangi
sudut gelap hati ini
aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat
tak ada cinta ku dapat
mengapa ada derita
bila bahagia tercipta
kenapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan
aku pulang...
tanpa dendam
ku terima...kekalahan ku
aku pulang...
tanpa dendam
ku salurkan...kemenangan ku
kau ajarkan aku bahagia
kau ajarkan aku derita
kau tunjukkan aku bahagia
kau tunjukkan aku derita
kau berikan aku bahagia
kau berikan aku derita


.:: e-novel ::.

| maestro rindu|
| antara kasih & pengorbanan |
| badai pasti berlalu |
| langit ketujuh |
| lepaskan aku dari hati mu |
| masihkah ada kasih |
| met & mel |
| Percayalah ||
| Surat Ungu Untuk Nuha |
| Jangan Ada Dendam |
| Rindu Ini Milik Siapa |
| Relevankah Aku Di Hatimu |
| Helena |
| Cinta Dania |
| Warna-warna Remaja|

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

.:: hitcounters ::.





online

.:: anda di mana? ::.





Hak cipta Terpelihara
enigma @ 2005-2008
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian karya kreatif ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, cetakan, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada clauseenigma@gmail.com

rss feed

Monday, February 10, 2014
Cupido II - Episod 14

Sehari sebelum mereka berangkat menuju ke Pulau Perhentian, mereka telah menghadiri majlis perkahwinan Dr Adiera dan Dr Zarul.

"Wahhh! Bagai pinang dibelah dua!" puji Airiel. "Lain benar muka Dr Diera pakai make up. Tak kenal aku tadi." Mulut Airiel masih melopong. Dengan video kamera di tangan, dia sibuk merakamkan majlis perkahwinan yang meriah itu.

"Nanti buatkan aku satu copy ek?' pinta Batrisya. Dia juga sebenarnya kagum melihat kejelitaan pensyarahnya yang tidak pernah mencalitkan sebarang alat solek ke wajahnya kecuali bedak bayi dan pelembap bibir.

"Korang bila pula nak buat majlis macam ni? Tak nak jemput kawan-kawan meraikan ke? Nikah senyap-senyap nanti orang kata ada skandal plak." Airiel menghalakan video kameranya ke arah Batrisya dan Zach.

 

Batrisya memandang Zach. Soalan Airiel ditujukan kepada suaminya melalui pandangan itu.

"Mungkin lepas pulang dari Auckland. Pasti akan ada majlis." Itu saja jawapan Zach.

Batrisya tersenyum mendengarnya. Manakala Airiel hanya mengangguk. Sepanjang pertemuannya dengan Zach beberapa jam yang lalu, Zach memang tidak banyak bercakap. Hanya dengan Shay saja dia rancak berbual. Airiel segan pula hendak menunjukkan sikap gila-gila yang selalu dipamerkan di hadapan Batrisya. Dia lihat wajah Zach serius saja. Tentu suami Batrisya seorang yang tegas dan garang. Takutnya!

Shay datang menghampiri mereka sambil membawa sepinggan buah-buahan pelbagai jenis.

"Aku nak ke Auckland nanti. Kau nak ikut?" Zach memandang Shay.

Shay mengetap gigi sebelum menjawab. Wajah Adelea terpamer di ruang matanya. "Aku akan pergi. Aku nak tengok dia." Selebihnya Shay tidak mampu berkata-kata. Kesedihan lama bagai mengimbau semula.

Batrisya tumpang simpati. Melalui Zach dia dapat tahu mengenai percintaan Shay dan Adelea yang bermula sejak di bangku sekolah lagi.

Airiel yang tidak memahami apa-apa, terus merakamkan perbualan mereka. Itulah hobi barunya: membuat filem sendiri berdasarkan pengalaman rakan-rakannya.

 

Rombongan yang dianjurkan oleh Adventure and Recreational Club disertai oleh seramai 40 orang pelajar. Batrisya dan Zach membawa kenderaan sendiri kerana selepas ini mereka akan menyambung percutian ke tanah tinggi Cameron Highland pula.

Elara turut menyertai rombongan itu. Selepas kejadian yang membongkar muslihatnya, dia perlu menenangkan perasaan bersalahnya. Walaupun Dr Adiera dan Dr Zarul telah memaafkannya, dia tetap rasa teruk. Kerana kakak mahu membalas dendam, dia turut sama terbabit dalam perbuatan itu. Airiel juga sudah tidak mahu bercakap dengannya selepas kejadian itu.

Elara termenung jauh di atas batu sambil merenung lautan biru yang maha luas. Pulau Perhentian Kecil itu memang kaya dengan keindahan semula jadi. Pantainya bersih dengan pasir yang memutih. Baru sebentar tadi dia melakukan aktiviti skuba. Begitu jernih airnya hingga nampak batu karang dan ikan-ikan berwarna-warni yang berenang bebas.

Nafasnya disedut dalam-dalam. Matahari sudah tegak di kepala. Cahayanya yang terik membakar kulitnya yang putih itu hingga kemerah-merahan. Elara bangun dan berjalan turun perlahan-lahan dari batu yang besar itu. Cahaya matahari yang terang membuatkan pandangannya berpinar. Dia rasa pitam seketika hingga tidak nampak di mana kakinya berpijak. Elara tergelincir. Namun belum sempat dia menggeluncur ke bawah, tangannya sempat ditarik.

"Hati-hati. Batu di bawah tu tajam-tajam."

Elara mengangkat kepala. Dia terkejut melihat Shay. Tidak perasaan pun bila pelajar itu muncul.

"Kaki awak luka!" Shay pantas tunduk ke bawah. Tapak kaki Elara yang tidak berselipar dibeleknya. Darah mula terbit perlahan-lahan dari celah luka dihiris batu tajam tadi. Ketika itu barulah Elara terasa sakit. Dia terus terduduk di atas pasir sambil mengaduh kesakitan. Bisa sungguh rasanya.

Shay mengeluarkan sapu tangannya dan membalut luka itu. Mujur tidak dalam.

"Terima kasih," ucap Elara. Bibirnya diketap untuk menahan jeritan mengada-ngada yang selalu menjadi habitnya. Di hadapan Shay dia malu mahu bersikap begitu. Dan dia memang tidak mahu lagi jadi dirinya yang dahulu. Elara mahu ubah sikapnya yang ciwek dan lengit.

"Mari saya tolong awak pulang ke khemah. Ada ubat di sana. Luka awak perlu dirawat sebelum melarat." Shay membantu Elara bangun. Dia memapah gadis itu menuju ke kawasan perkhemahan mereka.

Wajah Elara merah padam. Dia malu. Dahulu Shay pernah menolak persahabatan yang cuba dihulurkan. Tapi hari ini Shay kelihatan begitu mengambil berat terhadapnya. Hatinya berbunga harapan. Mungkin masih ada lagi peluang untuknya bersahabat dengan Shay.

 

Airiel masih lagi dengan kamera videonya. Dia amat gemar merakamkan Batrisya dan Zach. Secara senyap-senyap dia mengekori pasangan itu yang sedang berjalan berpegangan tangan di sepanjang pantai.

"Macam filem romantiklah pula." Airiel tersengih sambil memfokuskan kameranya kepada pasangan itu. Dia bersembunyi di sebalik pokok nyiur gading yang rendang.

Ramai rakan-rakan mereka terkejut apabila mendapat tahu yang Batrisya sudah berkahwin. Malah ada yang memuji kekacakan wajah Zach.

"Kawan awak yang pelik tu masih ekori kita lagi ya?" tanya Zach tanpa menoleh ke belakang. Dia perasan sejak mereka meninggalkan kawasan perkhemahan tadi, jejak mereka telah diekori diam-diam.

Batrisya tersenyum kelucuan. "Airiel tak berbahaya. Dia memang begitu. Biarkan ajelah. Lagipun dia kawan baik saya tau!"

"Pelik kawan awak tuh." Zach melingkarkan tangannya ke pinggang Batrisya. "Tak mahu ajak dia ke Auckland sekali ke?" Sinis saja nada suara Zach. Batrisya terus tergelak besar.

Gelak ketawa Batrisya terhenti apabila mereka ternampak Shay sedang memapah Elara. "Kenapa pula dengan dia tu?" Sambil menggenggam jari-jemari Zach, Batrisya berlari ke arah mereka. Airiel juga ikut berlari secara senyap-senyap.

"La...budak gedik tu pula enter frame. Kacau!" Namun di sebalik perasaan meluatnya terhadap 'Maria Shaparova'nya, Airiel terus juga merakamkan kejadian itu.

 

"Kenapa Shay?" tanya Batrisya.

"Dia tergelincir kat batu besar tu tadi," jelas Shay sambil perlahan-lahan melepaskan Elara. Memandangkan Batrisya ada di situ, jadi tidak perlulah dia hendak membantu seperti tadi. Memahami akan tindakan Shay itu, Batrisya segara membantu Elara untuk berjalan.

"Terima kasih, kak Sya." Elara tunduk malu.

"Tak apa." Batrisya menoleh ke arah Zach. "Saya hantar Elara ke khemah dulu. Awak nak lepak dengan Shay, pergilah. Nanti saya datang." Batrisya segera memapah Elara menuju ke khemah.

Airiel serba salah. Siapa yang harus dirakamkannya selepas ini? Akhirnya dia ambil keputusan untuk tunggu di situ.

Sepeninggalan Batrisya dan Elara, Zach dan Shay duduk di atas pasir menghadap lautan. Sudah lama mereka tidak berkhemah bersama sejak terpisah selepas tamat alam persekolahan dahulu.

"Budak tadi tu...siapa nama dia?" Zach mengajukan soalan.

"Siapa? Elara? Kenapa dengan dia?"

"Cantik budak tu. Kenapa tak tangkap terus?"

Shay cuma tersenyum. "Ingat anak ikan ke nak main pancing aje."

Zach ikut tersenyum. "Kita dah kenal lama. Aku harap persahabatan ini akan berkekalan." Nada suara Zach bertukar serius.

"Insya-Allah. Aku pun harap begitu juga." Shay mengharapkan agar tiada apa yang akan memutuskan persahabatan mereka. Kes Batrisya hampir membuatkan mereka berseteru semula. Namun mereka matang menyelesaikannya dengan baik. Begitulah hendaknya selama-lamanya.

"Friends forever!" Zach menghulurkan tangan.

"Friends forever!" Shay menyambut salam persahabatan itu sekali lagi.

 

Selepas pulang dari Auckland, Zach dan Batrisya mengadakan majlis sempena meraikan pernikahan mereka. Shay tidak sendirian di majlis itu. Dia hadir ditemani oleh Elara. Apa salahnya dia cuba memberikan peluang kepada dirinya untuk menerima cinta. Cabaran Zach akan disahut olehnya.

Airiel hadir ditemani oleh kamera videonya.

Malah Dr Adiera dan Dr Zarul yang baru pulang daripada bulan madu turut memeriahkan majlis itu.

Batrisya menarik nafas dalam-dalam. Dia berdoa agar segala-galanya akan berakhir dengan baik. Matlamat hidupnya kini adalah untuk memberikan kebahagiaan kepada suaminya. Zach berhak mengecap kebahagiaan yang dinafikan daripadanya sebelum ini.

Aku yang lemah tanpa mu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang dari mu
Yang mampu menyanjung ku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Tuk mengenang mu
Dari mu Kutemukan hidup ku
Pada ku Kaulah cinta sejati
Bagi ku kaulah cinta sejati
Bila yang tertulis untuk ku
Adalah yang terbaik untuk mu
Kan ku jadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidup ku
Namun takkan mudah bagi ku
Meninggalkan jejak hidup mu
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

 

TAMAT


Akhirnya habis juga cerita ni versi e-novel. Kalau aku ada inspirasi, mungkin akan dipanjangkan dan diubah ke versi cetak. Tapi belum tahu lagi. Mood aku kekadang tidak menentu. Baru saja nak cuci tayar kapal terobang, kuku geroda pula nak pedicure. Sat lagi kuku arnab pula kena manicure. Lotih haku.

Mulai minggu hadapan, aku akan mula dengan e-novel baru. Tajuknya...hehehe...tajuknya belum ada. Tapi ceritanya dah ada. Dah siap dalam 30 halaman gitu. Nantilah aku fikirkan tajuknya. Hehehehe....


Posted at 11:10 am by enigma
Make a comment